top of page
cloud-forest-landscape_25.jpg
Amir4.jpeg.png

dengan DR AMIR 

Nafas Lega, Hidup Bahagia

Pakar ENT & Resdung

Dr Amir Izwan

Saya tertarik dengan bidang Telinga, Hidung dan Tekak atau lebih dikenali dengan terma ENT sejak dari awal tahun perubatan saya di Universiti Malaysia. Bagi saya, kepakaran yang memerlukan kemahiran tinggi ini perlu ada penyelesaian kreatif dalam ruang yang terhad.

​

Pada tahun 1997, saya melanjutkan pengajian untuk mendapatkan Sarjana dalam Otorhinolaryngologi dan Pembedahan Kepala dan Leher. Pada waktu itulah saya menyelami lebih dalam bidang ENT. Saya tertarik pada cara bahagian-bahagian tubuh ini berfungsi dan tugas saya sebagai doctor untuk membantu dan memberi impak positif dalam kehidupan pesakit.

​

Pada tahun 2001, saya bertugas sebagai pensyarah dan pakar klinikal di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Selama tiga tahun, saya seronok berkongsi ilmu dan pengalaman dengan bakal doktor. Ternyata hati saya lebih cenderung kepada penjagaan dan rawatan pesakit, saya berhijrah Hospital Pusrawi pada tahun 2004 sehinggalah sekarang. Setiap hari ada peluang baru untuk saya membantu orang. Pengalaman selama 20 tahun, berbagai masalan ENT yang saya jumpa - daripada masalah rutin seperti kotoran telinga yang keras kepada jangkitan sinus, kepada kanser leher & belakang hidung.

 

Walaupun masalah ENT seperti hidung tersumbat atau berdengkur mungkin dianggap biasa, ia boleh memberi kesan besar dalam kehidupan jika tidak dirawat. Dari kualiti tidur yang teruk, ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan juga kehidupan peribadi. Jika tidak diberi perhatian, masalah-masalah ini boleh mengganggu kehidupan harian dan kesihatan secara keseluruhan dan menjurus kepada masalah yang lebih besar.

​

Pengalaman merawat pesakit memberi inspirasi kepada saya untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran. Pada kebiasaannya, saya meluangkan masa lapang untuk menghadiri persidangan ENT di dalam dan luar negara supaya saya mengikut arus perkembangan dengan rawatan dan teknik terbaru.

​

Impian saya adalah untuk memberikan penjagaan ENT yang teliti dan berkualiti tinggi kerana saya percaya, setiap pesakit adalah individu yang unik. Saya percaya, kesihatan yang baik bermula dengan pernafasan yang baik. Jadi, mari kita boleh berusaha menuju kearah hidup yang lebih berkualiti.

PHOTO-2024-10-25-08-59-28.jpg

MMC

Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council)

32330

NSR

Cawangan Pendaftaran Pakar (National Specialist Register)

125930

MSOHNS

Ahli Persatuan Otorhinolaringologi Malaysia

Klinik Pakar 
Telinga, Hidung & Tekak

Saya komited untuk menangani pelbagai isu ENT yang boleh memberi impak besar kepada kehidupan seharian anda seperti:

 

TELINGA: Perkhidmatan endoskopi telinga sebagai saringan penyakit dan diagnosis penyakit, pembersihan telinga secara endoskopi untuk tahi telinga keras, benda asing, kulat dan lendir, rawatan tampalan gegendang bocor, surgery untuk polyp dan ketumbuhan telinga, rawatan untuk desingan telinga (tinnitus), rawatan untuk vertigo (hilang keseimbangan), ujian pendengaran. 

 

HIDUNG: Perkhidmatan endoskopi hidung sebagai saringan atau mengesan penyakit, rawatan pendarahan hidung, rawatan sinus (resdung) melalui endoscopic sinus surgery, rawatan kanser hidung & belakang hidung (nasopharyngeal carcinoma),  pengeluaran benda asing dari hidung, rawatan alahan hidung, rawatan masalah deria bau. 

 

TEKAK & MULUT: Perkhidmatan endoskopi tekak sebagai saringan atau untuk mencapai diagnosis, rawatan masalah benda asing tekak seperti lekatan tulang, rawatan suara yang tidak normal, rawatan penyakit tonsils dan adenoids, rawatan masalah jangkitan tekak yang berpanjangan dan teruk seperti absess (pengumpulan nanah), rawatan ketumbuhan tekak dan mulut, rawatan kelenjar air liur yang bermasalah seperti batu karang. 

 

LEHER: Perkhidmatan saringan dan pengesana penyakit melalui pemeriksaan & imbasan CT/MRI, pembedahan bengkakan leher.

​

MASALAH DENGKUR & OSA: Masalah dengkur dan OSA (obstructive sleep apnea), ujian kajian tidur (sleep test), rawatan masalah dengkur

​

Dengan menggabungkan teknik perubatan terkini dan penjagaan yang fokus untuk mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup, membantu anda kembali kepada aktiviti yang anda cintai dengan keyakinan dan keselesaan.

Klinik Pakar Resdung

Walaupun masalah sinus termasuk dalam kategori perkhidmatan Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT), saya mempunyai minat yang mendalam untuk merawat masalah ini.

 

Masalah sinus melibatkan pelbagai keadaan seperti sinusitis kronik, alahan, polip hidung, septum yang menyimpang, dan jangkitan sinus (resdung). Setiap masalah ini boleh memberi kesan yang besar terhadap kualiti hidup seseorang - termasuk ketidakselesaan, sakit kepala, dan kesukaran bernafas.

 

Kerumitan anatomi sinus adalah mencabar dan rawatan sinus memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana struktur ini saling berinteraksi, serta keupayaan untuk merangka penyelesaian yang berkesan sesuai dengan keperluan setiap pesakit.

​

Komitmen saya untuk membantu pesakit mengatasi masalah sinus mereka didorong oleh kesedaran bahawa rawatan yang berkesan boleh mengembalikan bukan sahaja kesihatan, tetapi juga kebahagiaan dalam aktiviti harian—sama ada menikmati pernafasan yang lancar, mendapatkan tidur yang berkualiti, atau sekadar menikmati bau makanan yang sedap

​

Saya berusaha untuk memberikan penjagaan yang teliti dan menyeluruh, untuk menangani kedua-dua simptom fizikal dan kesan emosi yang mungkin ditimbulkan oleh keadaan sinus ini.

Hospital Pusrawi

Lot 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa,

50400 Kuala Lumpur, Malaysia

3.png

Afiq

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dr. Amir kerana membantu saya mengatasi masalah resdung yang saya hadapi. Dulu, hidung saya selalu gatal dan tersumbat, especially kalau tempat yang ada carpet. Sometimes, hidung berdarah jugak. Tapi selepas rawatan dengan Dr. Amir, this problem sudah berkurang. Beliau sangat sabar dan memahami masalah saya.  Terima kasih, Dr. Amir! You memang terbaik!
1.png

Intan

Thank you, Dr. Amir!! sebab bantu anak saya yang tercedera tekak akibat tertelan tulang. Anak saya kuat merajuk tapi Dr Amir sabar memujuk dan cepat faham apa yang anak saya alami. Sekarang anak saya dah boleh makan dengan biasa dan tak takut jumpa dr. Highly recommend!
2.png

Sharif

Dr Amir memang bagus! Saya bawak mak jumpa Dr. Amir sebab mak saya dah berumur susah untuk dengar dengan baik. Dulu, mak selalu susah nak ikut perbualan dan kami semua risau sebab mak macam out of topik. Bila jumpa Dr. Amir, dia teliti memeriksa mak, and bagi advice together with treatment. sekarang mak dah boleh dengar dengan jelas! 5 Star Dr!

Jom Layari

Media Sosial

Instagram icon.webp
tiktok icon.webp
Social Media Icon.png
youtube.png
Title.jpg

Waktu Clinic

Isnin - Jumaat:

9.30 am - 12.30pm

2.30pm - 3.30pm (Kecuali Selasa)

​

Sabtu: 

9.30am - 12.30pm

© 2024 DR AMIR IZWAN. Powered by Brandstorm Asia.

bottom of page